Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.65 dan RM1.95 manakala diesel turun dua sen kepada RM1.84 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 10 Julai ini.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan tersebut dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.