Sabtu, 27 Jun 2020

Terima kasih kerana sayang kami sekeluarga – Isteri Eow Jin

Shawaliah Hadir
MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_26-681x454
Isteri, Datin Khaw Lean Kee bersama suaminya yang merupakan bekas
komposer dan pemuzik terkenal tanahair Datuk Ooi Eow Jin, 84, ketika
menerima bantuan dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di
rumahnya Taman Sea, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – “Saya hanya ada anak lelaki yang menghidap sakit tumor otak, tidak ada lagi anak lain yang mampu menjaga kami tiga sekeluarga,”.

Itu kata-kata yang terbit dari bibir isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee.

Menjaga suami yang sudah uzur dan anak lelakinya yang juga terlantar puluhan tahun membuatkan wanita 80-an itu tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ‘wanita besi’.

MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_16-1024x681
Isteri, Datin Khaw Lean Kee bercakap dengan media selepas
menerima bantuan kepada suaminya yang merupakan bekas
komposer dan pemuzik terkenal tanahair Datuk Ooi Eow Jin,
84, ketika di rumahnya Taman Sea, Petaling Jaya. foto
MOHD ADZLAN

Namun dalam kepayahan yang dihadapinya, beliau bersyukur kerana ramai yang menyayang keluarganya dengan menghulurkan bantuan kewangan.

“Hari ini saya mahu ucap terima kasih kepada semua, yang membantu kami. Tiga tahun ini, setiap hari kami lebih tenang tidak seperti sebelum ini kerana ramai membantu kami.

“Saya hanya ada seorang anak lelaki sekarang tiada anak yang akan menjaga kami. Tapi saya bertuah ramai orang sayang saya dan suami,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ziarah oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk Dj Dave.

Beliau tidak mempunyai sanak saudara yang lain, malah tidak mempunyai sumber pendapatan lain tidak menyangka nmereka sekeluarga mendapat perhatian masyarakat yang sangat prihatin.

Terdahulu beliau dilaporkan memerlukan dana RM65,000 untuk menanggung kos pembedahan tumor otak yang dihadapi anak lelakinya, Raymond.

Pembedahan tersebut dijangka berlangsung pada 29 Jun ini.

Bagaimanapun, Lean Kee tidak menyangka, sumbangan orang ramai sudah mencecah RM100,000 hanya dalam bebeapa hari sahaja.

Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kepadanya tiga beranak.

Tidak meminta lebih, Khaw pada saat ini memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar mereka sekeluarga sentiasa dalam keadaan sejahtera.

Eow Jin sedang berjuang melawan penyakit Alzheimer dan sudah tidak lagi sekuat dulu.

MGF26062020_YKAT-MELAWAT-KOMPOSER-DAN-PEMUZIK_11-1024x681
Bekas komposer dan pemuzik terkenal tanahair, Datuk Ooi
Eow Jin, 84, ketika ditemui di rumahnya selepas menerima
bantuan dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di
Taman Sea, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN

Komposer dan pemuzik terkenal itu lahir pada 3 Jun 1938, pernah bertugas bersama Orkestra RTM mulai tahun 1963 di RTM dan kemudiannya di TV3 pada 1986 sehingga 1999.

Eow Jin mencipta pelbagai lagu tema untuk program-program stesen televisyen  berkenaan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.