Rabu, 3 Jun 2020

Rakaman Video Budak Lelaki Datang Pejabat Minta Bantuan. Tindakan YB Norhizam Undang Sebak Ramai

www.dedah.site
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengakalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee berkongsi satu rakaman video yang mendapat perhatian ramai.

Video tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak telah datang ke ke pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).

Difahamkan kedatangan budak lelaki itu bagi meminta bantuan untuk membaiki rumah neneknya.

Memandangkan beliau masih kanak-kanak lagi, YB Norhizam dilihat agak sukar untuk mempercayai apa yang diperkatakan olehnya.

Norhizam berkali-kali meminta kepastian dari kanak-kanak, Muhammad Nuridzuan Norhalim, 8, dengan bertanya beberapa soalan.

Budak lelaki itu memberitahu ibunya masih ada tetapi sudah bercer4i dengan ayahnya. Katanya lagi dia kini dijaga oleh neneknya yang mencari rezeki dengan berniaga roti canai.

Dia juga memberitahu tentang keadaan rumah neneknya yang kini dalam keadaan teruk dan sudah dimakan anak-anak.

YB Norhizam pergi ke rumah budak itu bagi memberi sumbangan

Lebih mengharukan, YB Norhizam telah melayan kanak-kanak tersebut dengan baik sebelum menuju ke rumah neneknya yang memerlukan sumbangan untuk membaiki bahagian yang rosak.

Setelah diperiksa, rumah tersebut memang perlu dibaiki kerana telah rosak teruk dimakan anai-anaik dan hanya menunggu masa untuk runtuh.

Neneknya Faridah Abdullah, yang ketika itu sedang berehat terkejut dengan kedatangan team Norhizam dan tidak tahu menahu dengan perbuatan cucunya yang telah pergi ke Japerun untuk meminta tolong.

Netizen rata-rata terharu dengan insiiden yang dirakamkan tersebut apabila kali ini dihidangkan dengan sisi baik dan lembut dari seorang YB yang dahulu terkenal dengan sifat k4sar dan g4nas.

” Terharu tengok YB Norhizam Hassan Baktee Melaka. Selama ini hanya sisi gan4s beliau ditonjolkan oleh semua.

” Tapi sejak beliau keluar dari PH, terpancar sisi lembut, penyayang dan mesra rakyat beliau.

” Lihatlah bagaimana lemah lembutnya beliau menyantuni seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang datang mengadu kepadanya di pejabat.

” Semoga YB kekal istiqomah menolak kebejatan DAP dan bersama mendokong perpaduan ummah.
Apapun, sila b***kan DAP bila perlu.

” Kegarangan YB itu mahal dan halakan kepada musvh. ” komen Nabeel Naqie.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.