Selasa, 2 Jun 2020

Pegawai, tahanan Penjara Sg Buloh akan disaring lepas banduan positif Covid-19

Sejumlah 1,500 pegawai dan banduan di penjara Sungai Buloh akan menjalani ujian saringan Covid-19 selepas seorang banduan di sana disahkan positif wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, banduan tersebut yang merupakan warga asing telah menjalani hukuman sejak 2016 dan pernah keluar pada 13 Mac lalu.

Katanya lagi, banduan tersebut telah dipindah ke pusat tahanan Imigresen di Semenyih setelah dijangkiti wabak itu.

"Sekarang kita mencari kontak rapat banduan tersebut dan juga akan saring mereka jika terdedah kepada banduan.

"Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak akan buat saringan bukan sahaja kepada kontak rapat, tetapi kepada 700 pegawai dan 800 banduan di penjara itu," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

[Berita lanjut menyusul]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.