Selasa, 23 Jun 2020

Kit Siang berdepan saman RM5 juta, didakwa fitnah Dr Kamarul Zaman

lim kit siangGambar: Free Malaysia Today

PENGANALISIS politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff mengemukakan notis tuntutan saman berjumlah RM5 juta terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Peguam beliau, Faidhur Rahman Abdul Hadi dari firma guaman Tetuan Azril & Associates mengemukakan tuntutan tersebut dalam surat kepada Kit Siang.

“Kami diarahkan oleh anak guam kami untuk memberitahu tuan sekiranya kami tidak menerima maklum daripada tuan atau sesiapa yang dilantik untuk mewakili tuan dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaan surat ini, bahawa kami mempunyai arahan daripada anak guam kami untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap tuan berhubung tuntutan-tuntutan tersebut, tanpa merujuk lebih lanjut kepada tuan,” jelas surat tuntutan itu.

saman

Terdahulu hari ini, Kamarul Zaman menyatakan mahu memfailkan saman fitnah terhadap lima pemimpin DAP yang didakwa pernah memburuk-burukkan beliau melalui penulisan mereka.

Pemimpin-pemimpin DAP berkenaan ialah Kit Siang, Dr Ariffin Omar, Teresa Kok, Chong Chieng Jen dan Lim Lip Eng.

Dalam surat tuntutan berkenaan, Kit Siang turut diminta membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Kamarul Zaman kerana menyiarkan artikel-artikel terbabit serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Artikel-artikel yang dinyatakan dalam tuntutan saman itu adalah seperti berikut:

Kamarul Zaman’s police report against Hannah Yeoh raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public university
(Pautan: https://dapmalaysia.org/statements/2017/05/18/25021/)

Kamarul Zaman’s police report against Hannah Yeoh raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia’s public university
(Pautan: https://blog.limkitsiang.com/2017/05/18/kamarul-zamans-police-report-against-hannah-yeoh-raises-the-question-whether-he-is-fit-and-proper-to-be-a-lecturer-of-plural-malaysias-public-university/)

Is Kamarul Zaman fit to be a lecturer of a public university?
(Pautan: https://www.malaysiakini.com/letters/382683)

Attack on Hannah Yeoh puts education in spotlight, Kit Siang claims
(Pautan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/05/18/attack-on-hannah-yeoh-puts-education-in-spotlight-kit-siang-claims/1379683)

Hannah tidak pernah berbincang tentang agenda Kristian, kata Kit Siang
(Pautan: https://malaysiadateline.com/hannah-tidak-pernah-berbincang-tentang-agenda-kristian-kata-kit-siang/). – EDISI 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.