KUALA LUMPUR – Beberapa laporan akan dibuat hari ini di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Laporan itu berkaitan dakwaaan Guan Eng telah meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.
Antara yang akan membuat laporan tersebut adalah Gerakan Tuntut Malaysia (TUNTUT) yang dijangka hadir di pejabat SPRM Selangor dan Armada Selangor di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Satu lagi laporan akan dibuat Kordinator Pemuda Negara, Negeri Sembilan, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan juga di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pukul 11 pagi ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.