KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan langkah ke arah memartabatkan Undang-undang Islam melibatkan hudud, qisas dan takzir yang telahpun berjaya melalui beberapa proses berkaitan sebelum ini.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, sebelum dijajah
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, rantau Nusantara ini telah
berdaulat melaksanakan sepenuhnya Undang-undang Islam.
Beliau
memberi pencerahan tersebut pada pada Bicara Harakah 3.0 membincangkan
tajuk “100 Hari Perikatan Nasional” yang bersiaran langsung atas talian
di Facebook HarakahTV, malam tadi.
“Untuk melaksanakan
agenda ini memerlukan satu platform yang benar-benar stabil supaya ianya
dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada proses untuk
melaksanakan undang-undang ini ialah melalui kefahaman yang baik oleh
rakyat.
“Jadi kita mulakan kerjasama ini, kita telah laksanakan
di Kelantan dan Terengganu dengan kita menggubal Enakmen Jenayah Syariah
Kelantan dan Terengganu yang melibatkan di dalamnya pelaksanaan,
percubaan untuk melaksanakan.
“Undang-undang Islam di Kelantan dan Terengganu yang diluluskan dah
pun kan, dah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Kelantan dan juga Sultan
Terengganu.
“Kemudian kita ada sedikit kekangan di peringkat
undang-undang Kerajaan Pusat yang mana ianya mengekang pelaksanaan
Undang-undang Islam ini.
“Contohnya ialah dari sudut undang-undang sebatan 100 sebatan,
undang-undang yang untuk memotong tangan dan sebagainya yang tiada, yang
tidak diberikan ruang dalam ruang dalam Undang-undang Persekutuan
Perlembagaan.
“Jadi, untuk membolehkan ianya dilaksanakan, ianya
berjalan serentak di antara proses memberikan pendidikan kepada rakyat
dan juga menyediakan infrastruktur untuk melaksanakan undang-undang
ini,” terangnya.
Imbas beliau, PAS pernah membawa bil
persendirian ke Parlimen oleh Tuan Guru Presiden iaitu RUU355 di mana ia
satu usaha bersepadu dengan Kerajaan BN pada masa itu sebagai dimensi
baru untuk melaksanakan Undang-undang Syariah.
Di mana jelasnya, usaha itu untuk meningkatkan tahap hukuman yang
dibenarkan di Mahkamah Syariah di mana selama ini Enakmen Jenayah
Syariah tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya di akibat kekangan
berkenaan.
“Maka bil persendirian telah dibawa, telah dibentangkan, cuma belum dibahaskan. Jadi insya-Allah, saya yakin RUU355 ini akan menjadi satu agenda di dalam Sidang Parlimen apabila sampai masanya.
“Dan insya-Allah
sebenarnya RUU355 inilah yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan
Undang-undang Syariah. So, kita nantikan, dan akan ada berita baik
kepada umat Islam yang saya yakin mereka sangat menantikan.
“(Umat Islam mahu) upaya Undang-undang Syariah ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin di bumi Malaysia ini,” ujarnya optimis.
Beliau mengemukakan contoh perundangan berkaitan kemalangan jalan raya di mana pelaku dikenakan denda, manakala keluarga mangsa tidak mendapat apa-apa, sedangkan dalam konsep Islam adanya diyat iaitu ganti rugi.
Begitu juga terangnya mengenai kuasa memberi pengampunan yang hak tersebut turut melayakkan kepada keluarga mangsa pembunuhan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.