Justeru itu katanya, BNM dinasihatkan agar mempertingkatkan komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan sebagai kekeliruan.
“Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru samada ia akan didenda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim.
“Tapi dalam kenyataan BNM tidak ada penjelasan tapi pagi ini BNM ada beri penjelasan dan ia semakin jelas. Saya harap komunikasi antara bank dan pelanggan harus dipertingkatkan dari segi komunikasi,” katanya ketika merasmikan Sistem Geran Khas Prihatin di Menara Hasil Bangi, hari ini.
Semalam, BNM berkata, peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium.
Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlukan bagi memberikan kuasa undang-undang ke atas moratorium.
BNM berkata, moratorium bertujuan untuk memudahkan aliran tunai peminjam yang terkesan oleh pandemik Covid-19.
“Saya rasa BNM telah jelaskan dalam soalan lazim mereka yang jelas ialah faedah tetap terakru tetapi tidak dikompaun,” kata Zafrul lagi.
Awal hari ini, BNM mengakui terdapat kekeliruan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat oleh bank pusat itu semalam.
BNM berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam serta pelanggan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tujuan itu masih tidak berubah. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.