Ahad, 24 Mei 2020

Tragedi Aidilfitri, ibu bersama empat anak maut dalam kebakaran

SEORANG ibu bersama empat anak lelakinya rentung selepas rumah jenis tidak kekal didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata mangsa dikenali sebagai Aishah Jumat, 58, bersama empat anaknya, Dzulkarnain Othman, 34, Dzulnisham, 27, Rozaini, 26 dan Rosdi, 24.

“Dalam kejadian itu, dua lagi anaknya berusia 29 dan 25 tahun cedera melecur dan dirawat di Hospital Beaufort manakala suami Aishah, Othman Ali, 64, bersama menantunya selamat,” katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata panggilan kecemasan diterima mengenai kebakaran itu pada jam 2.54 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.50 pagi,” katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut  menemukan lima mangsa rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. – BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.