SINGAPURA: Sebagai jiran
terdekat, Singapura dan Malaysia akan terus bekerjasama mengatasi tempoh
sukar semasa pandemik COVID-19, kata Menteri Kanan republik itu, Teo
Chee Hean.
"Situasi unik ini yang kita alami tahun ini telah mengingatkan kita tentang keakraban hubungan dengan Malaysia dan bagaimana terjalinnya takdir ini," kata Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dalam laman Facebook beliau semalam.

"Datuk Seri Ismail dan saya telah mengkoordinasi dengan rapat sejak dua
bulan lepas mengenai respons Singapura dan Malaysia terhadap wabak
COVID-19," katanya merujuk kepada Menteri Kanan Malaysia (Kluster
Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran yang sama, Teo turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ismail Sabri.
"Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri adalah masa kebersamaan," katanya
dalam hantaran itu yang turut melampirkan sekeping gambar beliau ketika
melawat pejabat Ismail Sabri di Putrajaya pada 2016. -- BERNAMA
Menerusi hantaran yang sama, Teo turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Ismail Sabri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.