KPM nafi keluar kenyataan buka sekolah, universiti
KUALA LUMPUR – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya mahupun KP Kesihatan pernah mengeluarkan kenyataan tentang jadual pembukaan persekolahan dan universiti. Sehubungan itu, KPM memaklumkan sebarang maklumat berkaitan jadual pembukaan persekolahan dan universiti akan dikeluarkan di medium rasmi KPM.
2. Crisis Management Center (CMC) Wilayah Persekutuan menafikan Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya mengeluarkan larangan kepada para pelawat daripada berada di premis PPA1M Selasih, Presint 17 mulai 30 Mei 2020. Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan WP Putrajaya menggesa orang ramai agar berhenti menyebarkan sebarang berita yang tidak ditentusah untuk mengelak sebarang kekeliruan. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.