Pemimpin
PKR hari ini menyasarkan menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz
berhubung perubahan prosedur moratorium pinjaman sewa beli dan
pembiayaan islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam.
Dalam
satu kenyataan, Naib Presidennya, Chang Lih Kang mengecam langkah itu
yang disifatkan sebagai 'pusingan-U' dan merupakan penganiayaan kerajaan
PN terhadap rakyat.
"Keputusan ini hanya akan membebankan para peminjam dan menguntungkan industri perbankan.
"Menteri
Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz yang juga merupakan bekas Ketua
Pegawai Eksekutif CIMB perlu jelaskan kepada rakyat jelata, dalam proses
mencapai keputusan ini.
"Beliau memainkan peranan
wakil rakyat atau wakil industri perbankan? Adakah keputusan ini dibuat
untuk menjaga kepentingan rakyat atau industri perbankan?" soalnya.
Menurut kenyataan ABM, peminjam yang mengambil moratorium diberi dua pilihan, sama ada membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan (April hingga September) bersama dengan ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan; atau melanjutkan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang kontrak bersama faedah akan dikenakan.
"Sekiranya menteri tidak dapat memberi penjelasan yang wajar, beliau harus letak jawatan kerana gagal mempertahankan kepentingan rakyat," kata Chang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.