Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Suzalina Halid
KUALA
LUMPUR: Hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam
pengangkutan awam dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi orang ramai.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata garis panduan itu terpakai untuk semua pengangkutan awam membabitkan bas, dan tren termasuk Transit Aliran Ringan (LRT) serta Transit Aliran Massa (MRT).
"Esok kakitangan awam dan swasta akan mula bertugas dan semua perkhidmatan pengangkutan awam akan mula beroperasi seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan perjalanan warga kerja ke tempat kerja masing-masing.
"Namun pengguna dan pengendali perkhidmatan harus mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan seperti penjarakan sosial dalam kenderaan awam.
"Sebagai contoh jika bas boleh memuatkan 40 penumpang maka kenderaan itu hanya boleh mengambil 20 penumpang sahaja sewaktu PKP, begitu juga LRT atau MRT hanya boleh bawa separuh dari jumlah yang dipenuhi dalam setiap gerabak.
"Untuk tempat berdiri juga akan ditanda," katanya dalam sidang media harian PKP, di Putrajaya, di sini hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.