KUALA LUMPUR – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengecam gangguan seksual ke atas dua wakil rakyat wanita parti itu oleh netizen di media sosial.
“Saya mengecam gangguan seksual ke atas Jamaliah (Jamaluddin), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama dan Lim Yi Wei, ADUN Kampung Tunku,” kata bekas Menteri Kewangan itu dalam media sosialnya.
Menurut Guan Eng, sebarang bentuk gangguan seksual adalah satu tindakan jenayah yang tidak patut dipandang remeh dan dibiarkan menjadi budaya dalam masyarakat kita.
Saya harap pihak berkuasa akan memgambil tindakan sewajarnya.
Kenyataan Guan Eng itu ekoran Jamaliah dan Yi Wei yang menerima ugutan rogol dan bunuh di Facebook dan kedua-dua wakil rakyat di Selangor itu sudah membuat laporan polis berhubung ugutan itu.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.