SEKARANG PH tengah mainkan isu harga barang untuk
memburukkan Kerajaan PN. Kata Ahli Majlis Setiausaha PH (Saifuddin
Nasution, Khalid Samad dan Ong Kian Ming) harga barang mentah dan basah
menunjukkan ada peningkatan di banyak tempat. Ini membebankan rakyat
kata mereka.
Saya setuju, Kerajaan PN perlu pantau dan ambil apa-apa tindakan yang perlu jika ada peningkatan harga barang basah atau mentah.
Tapi
dalam masa yang sama saya fikir elok juga kalau kita imbas balik apa
pula tindakan yang diambil oleh Kerajaan PH ketika rakyat tertekan
dengan harga barang yang melonjak gila-gila masa mereka jadi Kerajaan
Persekutuan selama 22 bulan dulu.
Mari kita semak balik.
(1) Kenaikan harga telur
Saifuddin Nasution – “Kementerian akan siasat.”
Salahuddin Ayub – “Ianya adalah perkara biasa disebabkan kenaikan bahan makanan ayam.”
(2) Kenaikan harga bawang 3 kali ganda
Saifuddin Nasution – “KPNHEP akan pantau kenaikan ini. Rakyat perlu tukar kepada bawang Holland.”
(3) Kenaikan harga ikan kembung
Salahuddin Ayub – “Saya pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut.”
(4) Kenaikan harga barangan kawalan
Saifuddin Nasution – “KPNHEP tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga barang kawalan. Kita akan siasat.”
(5) Kenaikan harga barang mentah dan basah menjelang Aidilfitri 2019
Saifuddin Nasution – “KPNHEP
puas hati dengan trend semasa harga barang keperluan. Tiada kenaikan
mendadak (kenaikan sedikit demi sedikit itu perkara biasa).”
(6) Kenaikan harga barang keperluan pada penghujung 2018 dan sepanjang 2019
Lim Guan Eng – “Kenaikan
harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit,
musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar
selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya
tidak dapat dielakkan.”
Yang saya listkan di atas hanya sebahagian kecil daripada kenyataan Menteri-menteri PH. Ada banyak lagi.
Kesimpulannya, PH tak buat apa-apa pun berkaitan kenaikan harga
barang keperluan yang meresahkan rakyat semasa mereka jadi Kerajaan.
Tapi sekarang tiba-tiba pula mereka jadi prihatin dan mahu jadi hero rakyat. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.