Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang dilakukan oleh pemerintah ketika ini ialah mahu memastikan keselamatan dan menjaga nyawa manusia untuk kebaikan bersama.
“Dari Syeikh ul Azhar dan ulama-ulama besar Al-Azhar pada seminggu lepas telah mengeluarkan satu deklarasi atau resolusi yang menyatakan bahawa himpunan ramai khususnya di masjid di surau atau ditempat solat dalam situasi Covid ini tidak dibenarkan.
“Siapa yang memahami dengan cara yang lain ini bermakna mereka sebenarnya tidak menepati roh syariah sendiri yang sebenarnya menjaga nyawa, menjaga kehidupan manusia agar berlaku keselamatan dan juga kebaikan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Zulkifli menyatakan, ibadah solat seperti solat sunat tarawih yang akan dilaksanakan umat Islam menjelang Ramadan boleh dilakukan di rumah dan ibadah itu boleh dibuat mengikut kaedah berjemaah bersama keluarga.
Ujar beliau, sekiranya solat itu tidak boleh didirikan secara berdiri maka pemilihan dengan cara yang lain seperti duduk atau berbaring boleh dilakukan mengikut kemampuan individu serta kesesuaianya.
Zulkifli menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentang pihak-pihak yang kurang faham terhadap pelaksanaan solat sunat tarawih serta maqasid syariah dalam menjalankan ibadah sunat itu.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kerajaan tidak sesekali menghalang umat Islam untuk bersolat sunat tarawih di bulan Ramadan tetapi hanya tidak membenarkan ia dilakukan ditempat awam untuk mengelak merebaknya wabak Covid-19.
Katanya, apa yang ditekankan oleh kerajaan ketika ini adalah cara pelaksanaannya yang sedikit berbeza seperti kebiasaan apabila ia tidak boleh dibuat secara berjemaah di masjid dan surau. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.