Rabu, 22 April 2020

'Terima kasih Ustaz Ebit'

M Hifzuddin Ikhsan

 Jamaliah Rejab, 54, ketika ditemui di rumah baharunya di Lorong Fajar, Jalan Sultanah semalam.


“TERIMA kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit,” kata Jamaliah Rejab, 54.

Jamaliah adalah isteri kepada pesakit strok, Ishak Darus, 77, yang berjaya dipujuk pendakwah, Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke kediaman baharu lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, kelmarin.

Jelasnya, beliau dan keluarganya bersyukur dapat mendiami rumah yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik berkenaan, terutamanya menjelang Ramadan, Jumaat ini.

“Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini.

“Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukkan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil,” katanya ketika ditemui petang semalam.

 Pesakit strok, Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak dibantu orang ramai yang membawanya masuk ke rumah selepas mendapat rawatan di hospital.
Pesakit strok, Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak dibantu orang 
ramai yang membawanya masuk ke rumah selepas mendapat 
rawatan di hospital.
Jamaliah berkata, sebelum ini, keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah lebih elok di sekitar bandar raya ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi.
“Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai.

“Malah, kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terpaksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadan, Jamaliah berkata, tiada apa persediaan dilakukannya kerana mereka baharu berpindah dan masih bergantung kepada bantuan bagi meneruskan hidup.

Kelmarin, tular di media sosial apabila Ustaz Ebit Lew menziarahi Ishak yang terlantar akibat strok bersama keluarganya tinggal di rumah usang di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Mereka didapati tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.

Berita berkaitan
Tidak pinggir keluarga daif
Tak pernah pinggir keluarga Pak Ishak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.