Khamis, 2 April 2020

‘Proham tak sedar diri’

siti hafidah 

 

Puak liberal kecam polis tangkap individu ingkar PKP



BANGI – Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan tindakan pihak polis menangkap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebelum ini, persatuan itu mempertikai usahasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyampaikan dakwah kepada orang asli di Kelantan.

Proham bersependapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bahawa setiap orang mempunyai hak kepercayaan mereka dan ia harus dihormati.

Hari ini tatkala polis berusaha memutuskan rangkaian COVID-19 dikecamnya malah dibelanya pesalah PKP, kata Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

“Kononnya pesalah PKP tidak perlu digari dan didakwa. Seolah-olah polis bertindak ikut emosi dan tidak mengaji.

“Walhalnya polis korbankan diri untuk nak selamatkan negeri. Ingat berpengaruh rupanya hanya ada 111 pengikut bila diselidik.

“Tapi inilah dia gelagat pertubuhan hak asasi yang tak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik portal liberal, Proham mengingatkan bahawa mereka yang melanggar PKP tidak wajar dilayan seperti penjenayah.

NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melanggar PKP bercanggah dengan matlamat perintah itu, iaitu untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Puak liberal itu berkata, ini kerana mereka yang ditangkap akan diletakkan berdekatan dengan tahanan lain ketika reman malah digari bersama pesalah lain apabila dibawa ke mahkamah.

Bahkan Proham menggesa polis untuk tidak terlalu mudah menangkap mereka yang melanggar PKP.

“Individu yang melanggar PKP tidak wajar dilayan seperti penjenayah, mereka hanya ingkar (perintah itu),” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.