MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah tepat pada masanya.
Menurutnya, berdasarkan pengalaman pengalaman dan pengaruh yang dimiliki Presiden Pas, beliau yakin Abdul Hadi mampu membantu Wisma Putra dalam menjayakan agenda berkaitan Timur Tengah.
Dalam pertemuan yang disifatkan sebagai cukup bermakna hari ini, kedua-dua mereka berbincang mengenai tanggungjawab untuk memperkasa peranan Malaysia di Timur Tengah.
“Di pihak Wisma Putra, tumpuan kita sekarang ialah memudah cara urusan kepulangan rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara disebabkan sekatan perjalanan dan penutupan ruang udara oleh Kerajaan negara yang mereka diami.
“Selain itu, Wisma Putra juga perlu menjayakan hasrat Kerajaan untuk mengenal pasti negara yang mempunyai penyelidikan saintifik dan pembangunan vaksin terbaik seterusnya memastikan Malaysia menjadi negara terawal memperolehi vaksin tersebut,” kata Hishammuddin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri pada 2 April lalu.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.