Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan
kata-kata kesat kepada anggota tentera yang bertugas di sekatan jalan
raya di Kuala Perlis semalam. - Foto 123RF
KANGAR - Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan kata-kata
kesat dan memaki anggota tentera ketika pemeriksaan di sekatan jalan
raya di Kuala Perlis semalam.
Ketua
Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian
kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 35 tahun
yang bekerja sendiri bertindak melempar kata-kata jelik kepada anggota
tentera yang sedang bertugas.
“Kejadian
itu berlaku apabila polis meminta kad pengenalan suspek, namun suspek
telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang
anggota tentera berada berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama
hari ini.
Wari
berkata, suspek direman selama sehari bermula hari ini dan kes disiasat
di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1)
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Akta
Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.