Rabu, 1 April 2020

Keceluparan Kit Siang berkenaan angka kematian COVID-19 dikesali

Dr Kamarul Zaman Yusoff

 

Bertindak tidak bijak dakwa unjuran 10,000-20,000 kematian di Malaysia

SEDIH melihat bilangan kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 terus meningkat menjadi 37,849, dengan bilangan kematian didapati paling banyak berlaku di negara-negara berikut:

(1) Italy: 11,591
(2) Spain: 7,716
(3) China: 3,310
(4) USA: 3,176
(5) Perancis: 3,024
(6) Iran: 2,757
(7) UK: 1,408
(8) Netherlands: 864
(9) Germany: 645
(10) Belgium: 513
(11) Switzerland: 359
(12) Turkey: 168
(13) Brazil: 167
(14) Korea Selatan: 166
(15) Sweden: 146
(16) Portugal: 140
(17) Indonesia: 122
(18) Austria: 108

Dilihat dalam konteks bilangan kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 ini, bilangan kematian yang berlaku di negara kita, iaitu 37, tidaklah terlalu teruk berbanding di negara-negara lain.

Malah, banyak pihak yang memuji keupayaan para petugas barisan hadapan Malaysia, khususnya para pegawai Kementerian Kesihatan, di dalam menangani COVID-19, termasuklah antaranya:

(1) https://malaysiagazette.com/2020/03/26/who-puji-usaha-malaysia-tangani-covid-19/

(2) https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558965/duta-china-puji-petugas-barisan-hadapan-malaysia

(3) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667248/covid-19-duta-azerbaijan-puji-langkah-malaysia-tangani-penularan

(4) https://sea.mashable.com/culture/9704/us-professor-praises-malaysias-covid-19-enforcement-as-better-than-his-countrys

Paling menarik adalah kenyataan seorang ahli akademik dari Washington University, St Louis, Dr Jason Hassenstab, bahawa Malaysia menangani COVID-19 lebih baik dari negaranya, AS.

Oleh itu, untuk Lim Kit Siang mengunjurkan bahawa bilangan kematian akibat COVID-19 di Malaysia boleh menjadi 10,000-20,000 semata-mata kerana ada pihak di AS mengunjurkan bahawa bilangan kematian di AS boleh menjadi 100,000-200,000 adalah amat tidak bijaksana.

Apatah lagi jika tujuan unjuran bahawa bilangan kematian akibat COVID-19 di Malaysia boleh menjadi 10,000-20,000 ini dibuat adalah semata-mata kerana mahukan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan bagi memuaskan hati dan mencapai matlamat pihak yang mengunjurkannya.

Tertanya-tanya jika ada yang berani cabaikan mulut celupar Lim Kit Siang ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.