KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengingatkan orang supaya mendapatkan kebenaran atau permit
perjalanan bagi tujuan rentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) terlebih dahulu sebelum membeli tiket-tiket perjalanan bagi
mengelakkan kerugian yang terpaksa ditanggung sendiri oleh pengguna
pengangkutan awam.
Kementerian Pengangkutan berkata, ia selari dengan kenyataan media
PDRM bertarikh 26 April 2020, yang meminta orang ramai memberikan
kerjasama dengan hanya memohon untuk mendapatkan permit pergerakan
rentas negeri atas sebab-sebab yang sahih seperti mana ditetapkan.
Orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam disarankan
supaya sentiasa mematuhi garis panduan pencegahan wabak Covid-19 yang
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutamanya
penjarakan sosial, memakai topeng muka ketika di dalam pesawat serta
sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.