Jumaat, 24 April 2020

Anak bekas menteri dipanggil ke Bukit Aman esok?

Wartawan MalaysiaGazette
MG060120_PC-IGP10
Seorang wanita yang juga anak kepada bekas menteri kanan yang didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dikatakan akan diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman esok.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang juga anak kepada bekas menteri kanan yang didakwa melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dikatakan akan diambil keterangan di Ibupejabat Polis Bukit Aman esok.

Selain beliau, suaminya juga dikehendaki hadir ke Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman kira-kira 11 pagi.

Baru-baru ini gambar wanita itu dimuatnaik ke Instagramnya menunjukkan dia telah melanggar arahan PKP agar duduk di rumah telah dikritik oleh netizen.

Bagaimanapun beliau tidak menyukai kritikan netizen sambil mencabar supaya perbuatannya dilaporkan kepada polis.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:Anak bekas menteri langgar PKP, cabar netizen lapor polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.