KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
dilantik Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah mengadakan pertemuan
dengan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Wisma Putra,
Putrajaya hari ini.
“Kami berbincang dan bertukar pandangan mengenai suasana politik
antarabangsa khususnya di Timur Tengah dan peranan yang boleh dimainkan
oleh Malaysia ke arah mewujudkan kestabilan dan keamanan sejagat.
“Saya turut menyatakan kepentingan Malaysia untuk mengutamakan
prinsip damai dalam hubungan antarabangsa, seterusnya mengukuhkan
kerjasama antara negara serantau, seagama dan negara yang boleh
bersahabat,” kata Abdul Hadi dalam status di Facebooknya
“Saya mendoakan Datuk Seri (Hishammuddin) dan warga Wisma Putra
dipermudahkan segala urusan bagi memastikan hubungan diplomatik dengan
negara luar terus utuh, dalam situasi semasa yang sangat mencabar,”
katanya lagi.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.