Selasa, 24 Mac 2020

UMNO Sungai Petani sumbang nasi beriani kepada kakitangan HSAH

Wartawan MalaysiaGazette
WhatsApp-Image-2020-03-23-at-6
Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani (dua kanan), Datuk Shahanim Mohamad Yusoff menyumbangkan nasi beriani kepada kakitangan HSAH Sungai Petani, Kedah semalam.
 

SUNGAI PETANI – Pergorbanan doktor dan jururawat yang bertugas di barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 begitu besar dan disanjungi.

Prihatin dengan tugas doktor dan jururawat yang mencabar itu, UMNO Bahagian Sungai Petani menyampaikan sumbangan 150 bungkus nasi beriani kepada doktor dan jurrurawat serta kakitangan sokongan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani semalam.

Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, diharapkan sumbangan kecil yang disampaikan ini dapat menceriakan kakitangan HSAH itu.

“Sumbangan nasi beraini ini diadakan dengan kerjasama Restoran Nasi Kandar Hussain,” katanya.

Dalam pada itu, Shahanim memberitahu, UMNO Sungai Petani sedia bekerjasama dengan pihak-pihak yang berminat menyampaikan sumbangan kepasa doktor dan jururawat yang bertugas di HSAH selepas ini.

“Pihak berkenaan boleh menyumbangkan apa sahaja jenis makanan kepada.kepada mereka yang berkhidmat di barisan depan membantu rakyat Malaysia,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.