Bercakap kepada media selepas mesyuarat harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya, Ismail, tanpa menamakan lokasi dan nama masjid terbabit berkata, tangkapan itu membuktikan masih ada segelintir pihak yang tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan meskipun aktiviti seumpamanya tidak dibenarkan.
Tambahnya, selain solat Jumaat, pihak berkuasa juga mendapati terdapat 5 buah masjid, yang turut tidak dinamakannya, masih menjalankan solat secara berjemaah dalam tempoh perintah kawalan.
Semua aktiviti berkumpulan sama ada oleh kumpulan budaya dan agama sama ada acara mass di gereja atau solat berjemaah di masjid tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.
Laranganj itu bertujuan mengehadkan pergerakan orang awam dan membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh negara.
Ismail yang juga menteri pertahanan berkata, polis menahan 320 orang kerana melanggar PKP semalam.
Pada Khamis 162 tangkapan dibuat, katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di TV.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, lebih 240,000 kenderaan diperiksa oleh polis dan tentera di sekatan jalan raya di seluruh negara, semalam.
Perkembangan itu katanya, menunjukkan masih terdapat banyak kenderaan berada di jalan raya dan pengguna tidak tinggal di dalam rumah masing-masing seperti dikehendaki oleh PKP.
Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini, MKN dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa pematuhan PKP meningkat kepada kepada 97% meskipun masih terdapat pihak yang tidak mematuhi arahan itu.
“Saya juga melihat satu video yang menujukkan kesesakan jalan di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya sambil menambah sebanyak 1,000 sekaran jalan raya dibuat oleh pihak berkuasa seperti polis dan tentera.
Pada perkembangan sama, Ismail memberitahu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengetuai aktiviti nyah cemar di seluruh negara bermula dengan kawasan keutamaan yang padat seperti pasar basah dan pasar raya.
“Kemudian baru kita bergerak ke bangunan agensi kerajaan dan sebagainya,” katanya.
Ismail juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyaksikan individu dikehendaki menyerahkan nombor MyKad dan maklumat akaun mereka bagi mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpadan Pekerja (KWSP).
Setakat ini katanya, polis membuka 393 kertas siasatan berkait sindiket sedemikian melibatkan wang berjumlah RM3 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.