Adakah beliau telah beri sumbangan guna saluran Pusat Khidmat?
BANGI
– Pemimpin parti tamak haloba DAP, Liow Cai Tung kelihatan sangat
melampau apabila menuduh kerajaan Malaysia tidak cekap dan tidak telus
dalam mengedarkan makanan dan keperluan asas kepada rakyat.
Menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Johor Jaya itu sebagai ‘tidak peka’, Naib Pengerusi
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari
mempersoalkan sekiranya Cai Tung mewakili mana-mana badan bukan kerajaan
(NGO).
“Atau adakah beliau telah memberi sumbangan dengan menggunakan saluran Pusat Khidmat?
“Jika NGO, adakah betul-betul NGO atau
NGO proksi politik semata-mata bagi mengaburi mata pihak kerajaan
Malaysia dan rakyat?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Cai Tung mendakwa bahawa NGO
perlu terbabit mengedarkan makanan serta barangan keperluan asas
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kerajaan dilihat
kurang telus dan cekap dalam pengagihan bantuan.
Cai Tung berkata, kerajaan juga dilihat
tidak mempunyai koordinasi serta komunikasi dengan jabatan berkenaan dan
masyarakat, selain mempunyai pemahaman yang kurang lengkap berkenaan
permasalahan itu sebelum membuat keputusan itu.
“Disebabkan kerajaan yang kurang telus
dan cekap, banyak NGO mengambil inisiatif mengedarkan makanan dan
keperluan asas kepada golongan sasar sejak pelaksanaan arahan PKP pada
18 Mac lalu. Usaha ini tidak harus dilepas pandang kerajaan,” katanya.
Menempelak perkara itu, Cikgu Izzat
mengingatkan pemimpin rasis itu supaya tidak mencemarkan nama baik NGO,
yang sememangnya sentiasa memberikan bantuan dalam apa jua keadaan,
selain menegur kerajaan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan
kesilapan.
“Inilah peranan NGO dan bukannya
bertindak sebagai badan yang menjadi proksi politik kononnya badan
bebas, sedangkan dipayungi ahli politik.
“Kepada kerajaan Malaysia, kami barisan
NGO bersedia bekerjasama dengan barisan hadapan untuk memastikan bantuan
dan sumbangan dapat diberikan dengan baik kepada semua golongan yang
memerlukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.