Kemudian, katanya, berlaku pembubaran menteri Kabinet berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar dari Pakatan harapan (PH), yang mana majoriti mudah dimiliki mereka selama 22 bulan terbatal dengan sendirinya.
“Baginda juga berkenan mengambil inisiatif menemuramah setiap Ahli Parlimen demi memastikan setiap mereka memilih sendiri siapakah bakal Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau menjelaskan, setelah selesai perjumpaan dengan ketua-ketua parti politik, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan.
Tarikh keramat itu, ujarnya tercipta pada 1 Mac 2020 dengan upacara angkat sumpah telah berlangsung di Istana Negara.
“DMPM merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang sudi turun padang dan bersusah payah menyelesaikan sendiri masalah tersebut.
“Campur tangan Tuanku ternyata membuahkan kelegaan kepada rakyat hingga Malaysia kekal aman dan damai tanpa sebarang rusuhan, biarpun tidak mempunyai pucuk pimpinan,” katanya.
Menurut Nuridah, walaupun rakyat sudah menarik nafas lega atas pelantikan itu, namun masih ada lagi suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong.
“Malah mencabar keputusan tersebut yang dilihat oleh mereka sebagai tidak adil dan saksama biarpun Yang di-Pertuan Agong telah menemuramah satu persatu 222 Ahli Parlimen.
“Mereka seharusnya sedar Tuanku telah menjalankan tugas sebagaimana termaktub dalam perlembagaan, iaitu mempunyai budi bicara untuk melantik Perdana Menteri Malaysia.
“Rata-rata rakyat amat berpuas hati dengan kebijaksanaan Tuanku dalam menjalankan amanah baginda,” katanya.
Beliau menyeru rakyat supaya mematuhi Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia demi keharmonian dan kestabilan negara. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.