UMNO ONLINE
JOHOR
BAHRU – PAS Johor hari ini memberi jaminan akan bersama-sama
dalam memainkan peranan untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri di
bawah ‘Gabungan Baharu’ berjalan lancar.
Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata pihaknya akan berbincang
dengan rakan parti dalam gabungan baharu itu untuk menghulurkan bantuan
demi kebaikan rakyat di negeri tersebut.
“Saya
bagi pihak PAS sangat bersyukur kepada Allah SWT dan mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohammad yang telah
dilantik sebagai Menteri Besar Johor dan kita akan mendukung bersama
kerajaan baharu ini sebagaimana permuafakatan yang telah berlangsung
sebelum ini.
“PAS akan memainkan peranan untuk memastikan pentadbiran berjalan
lancar, pembangunan dalam keadaan baik dan juga segala aspek termasuk
agama, jasmani dan rohani dapat berjalan dengan telus,” katanya kepada
pemberita dalam sidang media di Hotel Mutiara di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor yang baharu iaitu Hasni dan Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Mazlan Bujang.
Abdullah berkata peranan PAS tertumpu dalam memberi pandangan berkaitan agama Islam.
“Sebagai sebuah parti yang sekian lama dalam arena politik dan sudah
dikenali membawa dasar Islam, jadi inilah peranan kita, untuk
menyerlahkan pandangan-pandangan Islam yang mana sewajarnya.
“Kebetulan pula saya dengan Datuk Hasni mempunyai hubungan yang
sangat rapat. Dulu masa saya jadi pembangkang pun, PAS merupakan
pembangkang yang mampu melaksanakan tugas dengan baik, kita telus jadi
hubungan kita baik.
“Jadi sekarang lagi bagus, lagi mantap, maksudnya dulu sebelum ada penyatuan, kita dah ada persefahaman,” katanya.
Terdahulu, Husni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut,
mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit
Serene di sini hari ini.
Hasni, 61, merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada Bersatu, yang
sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April 2019. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.