Dr Zulkifli tak pernah sebut #MusaadahCOVID19 hanya untuk muslim
BANGI– Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan tidak pernah menyebut Tabung #MusaadahCOVID19 khusus untuk orang Islam.
Justeru,
beliau meminta pihak akhbar Malay Mail supaya memperbetulkan kenyataan
berkenaan dan membuat permohonan maaf atas dakwaan itu.
Mengulangi
kenyataannya sebelum ini, Dr Zulkifli berkata, tabung itu untuk mereka
yang memerlukan termasuk petugas barisan hadapan, kader Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim), kumpulan pengurusan jenazah dan yang
berkeperluan.
“Selain
asnaf yang menjadi keutamaan, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini telah menyampaikan
sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, frontliners, anak kariah
dan pelajar di Wilayah Persekutuan dan luar Wilayah Persekutuan tanpa
mengira agama dan bangsa.
“Boleh
rujuk hantaran di semua media sosial saya bermula 19 Mac. Saya tidak
akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak
menggambarkan pendirian saya sejak enam tahun menjadi penjawat awam,
terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum,” katanya
dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, misi #MusaadahCOVID19
digerakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai
usaha meringankan beban golongan asnaf dan petugas hadapan sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.
Dr Zulkifli dalam kenyataan sebelum ini berkata, beberapa usaha telah dilaksanakan melalui misi #MusaadahCOVID19 yang memfokuskan asnaf dari Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang telah dikenalpasti.
Di samping
itu katanya, kebajikan petugas barisan hadapan (frontliners) tanpa
mengira agama dan bangsa serta keperluan hospital di Wilayah Persekutuan
juga tidak dikesampingkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.