PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meramalkan negara akan dilanda gelombang ketiga atau ‘tsunami Covid-19’ tiga minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah meramalkan sesuatu yang buruk bakal membadai negara kerana ramai rakyat Malaysia telah membuat perancangan bercuti di negara-negara berisiko tinggi Covid-19.
“Cuba bayangkan, jika bercuti pastinya juga dengan keluarga, sekurang-kurangnya empat orang atau lebih, keluarga Malaysia secara purata ada bapa, ibu, dan dua orang anak. Jika satu kementerian sahaja, mungkin juga 32,000 telah dijangkiti.
“Jika kamu ingat, kes ke-23. Seluruh keluarga mereka yang tiba dari Jepun disahkan positif.
“Kerajaan bimbang seandainya ada puluhan ribu rakyat Malaysia yang telah dijangkiti dengan
Covid-19 selepas melawat negara-negara ini, bagaimana kita mampu mengasingkan jumlah seperti 32,000 ini? Satu mimpi buruk.
“Ini baru sahaja cerita satu kementerian, bagaimana pula dengan keseluruhan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.
Menurut Noor Hisham, langkah terbaik untuk mengekang wabak ini adalah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain membuat sekatan perjalanan ke negara-negara tertentu, seperti yang dilakukan baru-baru ini.
“Dengan memaksa hampir kesemua rakyat Malaysia duduk di rumah dan kuarantin diri, kita sememangnya dapat menghadkan jangkitan serta mengjikiti yang lain,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.