Pada sidang media pagi ini, Mahathir memberitahu bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan.
"Agong telah membuat
keputusan untuk tidak berjumpa saya lagi tetapi untuk melantik Muhyiddin
sebagai perdana menteri jadi saya tidak mempunyai peluang untuk
memberitahu Agong bahawa dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti. Itu
sahaja. Saya tidak boleh berkomunikasi dengan istana [...] "katanya.
“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.
“Ini satu situasi yang pelik,” kata Mahathir kepada pemberita di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur.
Menurut pengerusi Bersatu, beliau mempunyai sokongan 114 ahli parlimen.
Angka 112 itu merupakan majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 jumlah wakil rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.