PKP) dengan berjoging di sebuah taman 2 minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan cuba menghalang penguat kuasa majlis bandaraya menjalankan tugas dan melanggar akta kawalan penyakit.
Dr Ong Hean Teik, yang digari dan dibawa ke mahkamah dengan kereta polis, didakwa dalam sesi tertutup.
Seorang pegawai polis berkata, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Ong didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Muhd Alif Aizad Abd Latif di City Park, Quarry Drive di Jalan Utama pada 4.45 petang 19 Mac lalu.
Tertuduh turut didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dengan meninggalkan kediamannya di Tanjung Bungah pada tarikh itu untuk melakukan aktiviti yang diklasifikasikan sebagai tidak penting di bawah peraturan PKP.
Kesalahan pertama membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda RM10,000 jika sabit kesalahan, sementara kesalahan ke-2 membawa hukuman penjara 6 bulan atau denda RM1,000.
Majistret Jamaliah Abdul Manaf, menetapkan ikat jamin RM13,000 untuk kedua-dua pertuduhan – RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 untuk ke-2. Beliau juga mengarahkan Ong menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 9 Jun untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Yazid Mustaqim Roslan, manakala peguam Bala Mahesan mewakili Ong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.