KUALA LUMPUR – Malaysia merekod satu lagi kematian berkaitan wabak pandemik Covid-19, dengan kematian meningkat kepada ke-21 orang setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa yang merupakan seorang warganegara tempatan berusia 63 tahun adalah jemaah ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.
“Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Mangsa merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.
“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020, jam 4 pagi.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya menerusi laman Facebook. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.