Isnin, 30 Mac 2020

COVID-19: Mesti menang ‘tabiat 21 hari’


SIAPA tahu dia akan mati? Petanda menjelang kematian terus menjadi misteri.

Andai kita tahu signal mati, pasti kita akan berdamai dengan kehidupan.

Dalam Islam, ada disebut tanda-tanda kematian. Antaranya:

1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan Malaikat Maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.

Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan berasa atau nampak kehadiran Malaikat Maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

4. 7 hari : Mengidam makanan.
5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar.

9. Saat akhir: Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Ya, COVID-19 yang sedang dihadapi rakyat Malaysia masih menjadi tanda tanya pengubat vaksinnya.

Ibarat halimunan, virusnya bila-bila masa boleh menjangkit pada sesiapa tanpa mengira darjat dan pangkat.

Ubatnya setakat hari ini: “StayAtHome”.

Ubah tabiat hidup kita. Dr Maxwell Maltz dalam bukunya “Psycho-Cybernetics menyatakan, sesuatu tabiat itu dapat dibentuk ataupun dimusnahkan dalam masa 21 hari secara berterusan.

Pendek kata, apabila kita melakukan satu perkara yang sama berulang-ulang, ia akan menjadi amalan dan tabiat.

Hari ini 30 Mac, baru masuk hari 13 hari PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Perlu lapan hari lagi untuk masuk `tabiat 21 hari’.

Kita masih ada berbaki 15 hari lagi untuk pematuhan perintah kawalan sehingga 14 April depan.

Janganlah diulangi insiden seperti mana tular klip-klip video kenduri `kepala kambing’ atau sekumpulan anak remaja `dibeset’ dengan oleh polis bak bapa mengajar anak.

Atau `pakar jantung’ yang tetap berdegil mahu terus berjogging meskipun rakan seperjuangan di barisan hadapan berisiko `berdepan.

Ada kehidupan, pasti ada kematian. Satu hal ini pasti akan dialami semua manusia yang hidup.
Manusia mengalami roda kehidupan lahir, tua dan meninggal.

Kematian seseorang merupakan rahsia Illahi. Ketika saat itu tiba, tidak ada satu manusia pun yang mampu menolaknya.

Kita rakyat Malaysia mesti menang dalam perang COVID-19.

Mesti menang ‘tabiat 21 hari’. `Petanda 40 hari’ itu takdir-Nya. -SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.