Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata ini susulan pelaksanaan penjarakan sosial, langkah penting bagi membendung penularan Covid-19 dalam kalangan penumpang bas.
Katanya, teksi dan kenderaan e-hailing pula dikecualikan daripada peraturan itu.
“Pemandu perlu sentiasa memakai topeng ketika bertugas dan mengekalkan jarak 1m antara mereka dan penumpang,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.
Beliau berkata, pengusaha stesen minyak wajib menyediakan cecair pembasmi kuman kepada pelanggan untuk digunakan sebelum dan selepas mengangkat pam minyak.
Ismail berkata, kadar pematuhan perintah kawalan pergerakan kini mencapai 92% dengan kira-kira 2.5 juta orang masih ingkar.
“Polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan
Sukarelawan Malaysia dan Agensi Pertahanan Awam kini bekerjasama
mengadakan lebih 1,900 sekatan jalan raya di seluruh negara.
“Ini merupakan peningkatan 98% daripada sebelum ini.
“Sebanyak 120,615 kenderaan diperiksa dan dinasihat mematuhi perintah kawalan pergerakan.”
Ismail berkata, polis turut membuat 1,719 hebahan di seluruh negara.
Walaupun kadar pematuhan perintah kawalan
pergerakan meningkat, tetapi katanya, tahap pemahaman mengenai
kepentingan penjarakan sosial masih rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.