'Saya tegaskan akan cari mereka sampai ke lubang cacing'
JOHOR BAHRU-
Terdapat 75 individu dari negeri ini yang menghadiri Ijtimak Tabligh di
Masjid Sri Petaling, masih belum “menyerah diri’ bagi menjalani
pemeriksaan kesihatan.
Ketua
Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, jumlah ini turut
melibatkan 29 orang warga Bangladesh, 10 Rohingya dan lapan Thailand.
Beliau berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 1,450 jemaah tabligh dari Johor yang menghadiri perhimpunan berkenaan.
“Daripada
jumlah tersebut (1,450 orang), 1,375 telah dikesan serta menjalani
saringan kesihatan dengan 1,346 orang didapati negatif manakala 29
positif, satu maut dan satu kritikal,” katanya pada sidang media selepas
melakukan lawatan ke lokasi OP COVID-19 di Jalan Tampoi Lama, di sini,
hari ini.
Katanya,
sehubungan itu, polis menyeru mereka yang belum berbuat demikian agar
membuat pemeriksaan saringan kesihatan di klinik dan hospital berdekatan
secepat mungkin.
“Saya nak
tegaskan bahawa kita akan cari mereka ini sampai ke lubang cacing. Jadi
sekarang, eloklah mereka serah diri, buat saringan kesihatan,” katanya. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.