KORONAVIRUS l
Dua puluh lapan individu telah ditahan sepanjang penguatkuasaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung
pandemik Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya mematuhi PKP dan tinggal di rumah kecuali wujud keperluan untuk keluar.
Mulai Ahad lalu, Angkatan Tentera Malaysia telah dikerahkan ke seluruh negara untuk membantu polis dalam menguatkuasakan PKP.
Pada
sidang akhbar tengah hari ini, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai
bahawa pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas
mereka dan enggan mematuhi perintah dan nasihat yang diberikan oleh
polis semasa tempoh PKP.
"695 laporan polis telah dibuat. 46 kes sedang disiasat dan 46 IP (kertas siasatan) telah dibuka. 28 orang telah ditangkap.
"Saya
menasihatkan (orang ramai) supaya tidak mencabar undang-undang. Apa
yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah menjaga keselamatan diri
dan keluarga," kata Ismail Sabri.
Menteri itu tidak menyebutkan bila 28 individu berkenaan ditahan sejak PKP dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac lalu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.