Oleh Athirah Huda Zalhe
Tak timbul isu kerajaan pintu depan atau belakang, asal ikut Perlembagaan
BANGI
– Desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik
negara dilihat sebagai satu perkembangan positif, dengan harapan
perubahan yang bakal berlaku dapat mengembalikan kestabilan dan
menyelamatkan Malaysia daripada pemerintahan rasis, ekstremis serta
radikal.
Amir
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata,
sekiranya desas-desus itu berlaku, beliau menegaskan tidak timbul isu
penubuhan kerajaan pintu depan atau belakang, selagi mana ia mengikut
lunas Perlembagaan dan menepati kehendak syarak.
Beliau
menegaskan, keadaan huru-hara politik, kelemahan ekonomi, bebanan kos
sara hidup dan perpecahan rakyat berbilang kaum sejak pemerintahan
baharu dua tahun lalu, wajib ditamatkan segera.
“Namun,
jika ini (benar berlaku) tidak bermakna tanggungjawab telah selesai. Ia
diharap dapat menyediakan suasana yang lebih baik kepada dakwah
Islamiyah dan pemangkin agama Islam serta ketuanan Melayu di negara
ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas senario terkini politik negara apabila rakyat
dikejutkan dengan desas-desus kemungkinan pengaturan semula landskap
politik Malaysia.
Semalam,
beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang
hadir dalam satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling
Jaya, mencetuskan tanda tanya mengenai tujuannya diadakan.
Sebelum
itu, beberapa mesyuarat berasingan melibatkan beberapa parti politik di
tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula
landskap politik negara.
Pemimpin
parti mengunci mulut mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat
tertutup, di ibu negara dan Petaling Jaya yang menarik perhatian media.
Terdahulu
semalam, UMNO mengadakan mesyuarat majlis tertinggi khas selama dua jam
dari 4 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga mengadakan mesyuarat khas di ibu
pejabat parti di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya,
dipengerusikan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan mengulas
semasa perdana menteri berusia 94 tahun itu diserbu semasa beliau
meninggalkan premis itu.
Beberapa Ahli Parlimen dari parti politik di Sabah dan Sarawak juga mengadakan mesyuarat di ibu negara.
Suasana di
Istana Negara juga sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki
istana sejak 5.30 petang, sesetengahnya diiringi polis pengiring.
Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana dua jam kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.