Secara terbuka guna trumpet dakwa keluarkan bunyi dari syurga di dalam hati
BANGI – Pendakwah bebas, Firdaus Wong sekali lagi mendedahkan aktiviti dakyah agama Kristian secara terbuka di negara ini.
Menerusi satu hantaran di Facebooknya
hari ini, beliau yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM)
memuat naik sebuah video – memaparkan seorang lelaki berbaju hitam
dengan memakai vest merah menyebarkan dakyah Kristian di Pulau Pinang.
Video Player
00:00
01:48
“Dia mati untuk menebus dosa kamu. Jadi kamu boleh merasai bapa tuhan di syurga dan dia mahu kamu mengetahui cinta ini. Trumpet ini mengeluarkan bunyi dari syurga di dalam hati kamu.
“Jesus mencintai kamu. Dia mencinta
Malaysia. Dia mahu kamu datang ke pelukannya jadi dia boleh memegang
seperti anak kecil dan mencintai kamu dan mengajar kamu untuk mencintai
satu sama lain dan mencintai jiran kamu,” kata lelaki berkenaan sebelum
memanggil beberapa individu untuk meniup trumpet dibawanya.
Sebelum ini, Firdaus mendedahkan wujudnya
gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia, membabitkan pelajar-pelajar
muslim di Cameron Highlands.
Bahkan, Presiden MRM itu juga turut
membongkarkan kewujudan pasangan misionari atau anggota agama dari
Amerika Syarikat (AS) dan Singapura menyebarkan agama Kristian kepada
umat Islam di Malaysia.
Mengulas berkenaan video itu, Firdaus
berkata, usaha dakyah sentiasa berlaku di negara ini dari semasa ke
semasa dan ia bukan perkara baru.
“Sebagai seorang muslim, kita perlu
fahami bahawa mereka ini adalah golongan yang disebut di dalam al-Quran
yang mana mereka memiliki misi dan agenda mereka tersendiri.
“Malah, al-Quran juga mendidik kita
sebagai muslim untuk menggalas misi dakwah dan agenda kita untuk
tegakkan kebenaran. Ayuh pertingkat usaha dakwah kita!” kata beliau
dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.