Sabtu, 22 Februari 2020

Peralihan kuasa: Ronnie Liu luahkan perasaan

Kasthuri Jeevendran
MGF09122019_Bukit-Aman_02
Ronnie Liu


KUALA LUMPUR – Pemimpin tertinggi Jawatankuasa Pusat DAP (CEC), Ronnie Liu melahirkan rasa kecewa dengan keputusan ‘peralihan kuasa’ lewat malam tadi.

Dalam hantaran di laman Facebook, Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu tidak memetikmana-mana nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun umum yang mengetahui perjalanan politik Ronnie sudah dapat bayangan kepada siapa ianya di tujukan.

Antara yang mendapat perhatian termasuk luahan rasa Ronnie yang meletakan video ‘live’ sidang media selepas dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan oleh Tun Mahathir.

“Itu sahaja, kamu semua sedang buang masa tunggu di sini. Tidak ada tarikh, tidak ada masa.

“Hanya, terpulang kepada ‘saya’ untuk buat keputusan. Selepas APEC. Orait. Terima Kasih.

“Terpulang kepada saya.

“Saya sudah tidak mahu dengar lagi. Tolong masuk tidur sahaja. Terima kasih semua,” tulis Ronnie beberapa jam lepas memetik kata-kata Dr Mahathir dalam sidang media itu.

Sejurus beberapa jam, Ronnie menulis lagi.

“Mengapa? Rakyat kecewa. Mungkir janji.

“Tidak puas hati. Jangan buat tidak tahu,” katanya yang juga mendapat respon daripada netizen.
Rata-rata juga bersetuju, ada juga memberi komen negatif kepada pemimpin itu.

Semalam, Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju peralihan kuasa Perdana Menteri ditentukan sepenuhnya oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir juga mendedahkan tidak ada sebarang perbincangan berhubung melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 dalam mesyaurat tiga jam itu. –MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.