Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa Umno dan PAS tidak pernah meletakkan syarat "tanpa DAP" dalam pembentukan kerajaan perpaduan.
Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook hari ini berkata, jika benar dakwaan itu mengapa Bersatu perlu meninggalkan PH.
"Jika memang niat dari dulunya ialah untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama DAP, kenapa pulak PPBM (Bersatu) perlu keluar dari PH?
"Sebab apa? Jawablah," tulis Najib mengulas kemelut politik yang melanda negara ketika ini.
"Korang (kamu) yang minta kita berunding setelah sokongan Rakyat kepada PH semakin merudum. Korang pulak yang tukar syarat pada saat-saat terakhir.
"Dan korang juga yang berbohong dan memfitnah kita sekarang setelah kami menolak?" katanya.
Kemelut politik negara yang menyaksikan kerajaan PH runtuh bermula apabila Bersatu mengambil keputusan keluar pakatan itu Ahad lalu.
Keesokannya, Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu sebelum dilantik semula sebagai perdana menteri sementara.
Krisis itu menyaksikan pemimpin parti itu, Umno, PAS, GPS dan Warisan menyatakan sokongan kepada perdana menteri untuk terus kekal memimpin negara.
Turut berbuat demikian adalah pemimpin parti-parti komponen PH.
Semalam, Umno dan PAS melalui setiausaha agung masing-masing menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir atas alasan kerajaan baru yang cuba dibentuk itu turut akan disertai DAP.
Rentetan keputusan Umno dan PAS itu dakwa Najib, pemimpin PH menjaja cerita kononnya niat untuk membentuk kerajaan perpaduan bermula dari dulu lagi.
"Bahawa rundingan dengan Umno/PAS tidak pernah berbincang syarat DAP tidak akan ada dalam kerajaan baru.
"Bahawa Umno dan PAS hanya tarik balik sokongan terhadap PM ke-7 setelah kononnya diberitahu bahawa kes-kes pemimpin-pemimpin Umno tidak akan dihentikan bukan kerana DAP," katanya.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.