KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang menolak sesi dialog bersama Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki adalah sesuatu yang pelik.
Namun exco pergerakan itu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Naib Presiden Parti Amanah Negara itu sanggup pula bertemu Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang rasis dan anti nasional.
“Bukankah PH mendukung tinggi budaya debat dan berdialog secara terbuka untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya pelik dengan dengan kanda Mujahid. Bila Dong Zong yang rasis dan anti nasional boleh pula kanda Mujahid bertemu.
“Tapi bila melibatkan kepentingan umat Islam dan pendeposti Tabung Haji, kanda Mujahid menolak untuk bertemu Dr. Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
“Bangunlah dari mimpi kanda Mujahid, anda adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap agensi-agensi agama.
“Jika tidak mahu bertanggungjawab lebih baik letak jawatan daripada terus menjahanamkan negara,” kata Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terenggani di laman Facebooknya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.