Sabtu, 22 Februari 2020

LTTE:Tommy perlu semak semula keputusannya

PEGUAM HANIFF KHATRI Abdulla menggesa Peguam Negara supaya menyemak semula keputusannya membebaskan beberapa individu yang dituduh merancang serangan keganasan.

Menurut Haniff kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri adalah kekal LTTE sebagai entiti keganasan di bawah Seksyen 66B Akta AMLATFAPUA.

“Saya telah menekankan bahawa seseorang Peguam Negara tidak boleh mencampuri ataupun melangkaui kuasa Menteri Dalam Negeri berhubung penyenaraian mana-mana entiti sebagai “entiti terrorisme” di bawah Seksyen 66B Akta AMLATFAPUA.

“Justeru, saya sarankan agar Tommy Thomas sebagai Peguam Negara berkewajipan untuk menyemak semula keputusan beliau untuk gugurkan kesemua pertuduhan keganasan LTTE terhadap kesemua 12 tertuduh, dan biarkan pertuduhan dibicarakan dan ditentukan melalui sistem pembuktian di mahkamah,” katanya.

Sekiranya tidak, Haniff percaya Tommy dalam kapasiti sebagai peguam negara boleh dikatakan telah secara salah mencampuri kuasa menteri.

Katanya, konsep kedaulatan undang-undang adalah wajib kekal dipatuhi, apatah lagi oleh Peguam Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.