Seolah pertikaikan kewibawaan pihak polis dalam bertindak
BANGI
– Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad mengucapkan
tahniah kepada peguam negara kerana membuat keputusan ‘berani’
menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang berdepan pertuduhan
berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) amat tidak sesuai dengan
jawatan beliau sebagai menteri.
Presiden gerakan Islam utama, Ikatan
Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan itu
seolah-olah mempertikaikan kewibawaan pihak polis dalam bertindak.
“Ketika seluruh rakyat termasuk
sebahagian pimpinan kerajaan mengutuk dan menzahirkan kekecewaan mereka
terhadap sikap peguam negara, tetapi Khalid Samad pula membela dan
mengangkatnya seperti hero.
“Baru sahaja hari ini, pihak Kementerian
Dalam Negeri (KDN) sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian atas
ketidaksetujuannya dengan Tommy Thomas.
“Apakah autoriti Khalid Samad selaku
Menteri Wilayah Persekutuan dalam isu ini walhal yang mengetahui secara
terperinci mengenai kes ini adalah pihak KDN dan polis?,” soalnya dalam
kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai membidas
kenyataan Khalid di Twitter yang menyifatkan tindakan peguam negara
menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang berdepan pertuduhan
berkaitan LTTE semalam sebagai keputusan berani dan tepat.
“Tahniah atas keputusan yang berani lagi
tepat dalam suasana yang sengaja dikelirukan oleh golongan ekstrimis
Melayu dan muslim kanan terlajak.
“Pihak kerajaan mesti bertindak
profesional, mementingkan keadilan tanpa tunduk kepada nafsu serakah
golongan kanan terlajak ini,” demikian tulis Khalid yang juga Pengarah
Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah).
Haji Aminuddin berkata, Khalid juga
menghina orang Islam yang tidak bersetuju dengan Tommy dengan melabelkan
mereka sebagai golongan ‘terlajak kanan’.
“Apa maksud beliau dengan ‘terlajak kanan’ itu? Kenapa Tommy yang melakukan onar, tetapi umat Islam pula dipersalahkan?
“Saya ingin cadangkan kepada Khalid Samad
dan semua menteri Pakatan Harapan supaya melihat pada fakta dan bukan
membuat kenyataan-kenyataan semborono kerana itu sangat memalukan dan
tidak professional!,” bidas beliau.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara membuat
keputusan menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga
tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.
Tommy menegaskan keputusan itu dibuat
selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua
tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.
Bahkan katanya, keputusan itu mengikut
Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan
kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.