Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang peguam berkata amat jarang kuasa budi bicara Peguam Negara di cabar dan mungkin ini peluang julung kali untuk mencabar kuasa tersebut.
Menurutnya kuasa budi bicara peguam negara di Singapura pernah dicabar menunjukkan bahawa kuasa budi bicara seorang peguam negara bukanlah bersifat mutlak.
Mohd. Khairul Azam berkata, kuasa peguam negara tetap bergantung kepada beberapa prasyarat asas samada keputusan itu di buat dengan suci hati atau atas tekanan lain.
“Putra tidak akan berdiam diri dan tidak akan juga asyik berbincang sesama sendiri tentang kelakuan peguam negara ini tanpa mengambil apa-apa tindakan konstruktif.
[BACA ARTIKEL] LTTE: Terima kasih Tommy kerana guna kuasa Perlembagaan anda
Tommy hari ini menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada beliau untuk menggugurkan pendakwaan terhadap 12 individu terbabit.
“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” kata Tommy.
[BACA ARTIKEL] LTTE: Ramasamy juga berterima kasih kepada Tommy
Sementara itu, Mohd. Khairul Azam berkata, Putra tidak terkejut dengan keputusan peguam negara untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas LTTE.
Ini kerana sebelum ini beberapa kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan turut digugurkan oleh Tommy Tommas.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.