Ini kerana, jika pendidik tidak bersedia, kesannya sudah pasti merugikan generasi pelajar itu sendiri, kata bekas Menteri Pendidikan. Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Sehubungan itu, Mahdzir meminta Kementerian Pendidikan mendedahkan dapatan kajian-kajian PPSMI yang dijalankan agar semua pemegang taruh seperti ibu bapa dapat menilai serta memberi pandangan yang rasional sebelum ia dilaksanakan.
“Itupun selepas semua pihak dapat mencapai kata sepakat untuk bersetuju,” katanya di sini.
Ini kerana, faktor lain yang menjadi cabaran kepada pelaksanaan pengajaran dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.
Beliau berkata, sepatutnya kerajaan memperkasakan Dual Language Program atau DLP yang diperkenalkan pada tahun 2016 terlebih dahulu kerana pelaksanaan program ini adalah satu pilihan yang ditentukan oleh ibu bapa pelajar itu sendiri dan tiada paksaan.
“Belum lagi disentuh usaha-usaha mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa rasmi yang semakin pudar ketika ini.
“Demikian juga, sudah lama tidak mendengar kempen atau usaha-usaha Program Imersif Tinggi (HIP) berkaitan dasar MBMMBI,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berharap kerajaan tidak membuat keputusan yang tergesa-gesa dalam soal pelaksanaan dasar-dasar berkaitan pendidikan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.