Seorang pemimpin kanan Bersatu berharap mesyuarat parti itu hari ini, yang akan dipengerusikan Dr Mahathir Mohamad, akan membuat keputusan yang akan mengembalikan semula negara ke landasannya.
Beliau berkata mereka perlu menghentikan kebuntuan politik yang telah berlarutan selama lima hari.
Mengakui beliau tidak tahu tentang agenda mesyuarat hari ini, beliau berkata parti serpihan Umno tu perlu memutuskan calon perdana menteri mereka.
"Kita perlu selesaikan sebelum kita melalui proses memilih dalam sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini," kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini.
Untuk menyelesaikan masalah yang ada, sumber itu berkata Bersatu perlu membuat pilihan antara Mahathir dan presiden Muhyiddin Yassin.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Mahathir akan bertemu dengan semua anggota parlimen Bersatu pagi ini. Parti itu kemungkinan besar akan membincangkan soal calon perdana menteri.
Bagaimanapun, beliau berkata Mahathir sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip tampak tindak mengendurkan pendiriannya berkenaan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno secara en bloc (keseluruhan).
Maka, katanya lagi, Muhyiddin dilihat lebih diterima oleh BN dan PAS.
Walaupun begitu, katanya, ia tidak bermakna Bersatu akan menerima pemimpin Umno yang sedang berdepan tindakan undang-undang, terutama bekas presidennya Najib Razak.
Di peringkat awal kebuntuan politik yang bermula Ahad lalu, parti-parti politik menyuarakan sokongannya kepada Mahathir sebagai perdana menteri.
Pada Isnin lalu, kerajaan PH tumbang setelah Bersatu meninggalkan gabungan itu dan Mahathir meletakkan jawatannya.
BN dan PAS kemudian menarika balik sokongan dua hari kemudian, sementara PH menamakan Presiden PKR Anwar Ibrahi sebagai perdana menteri untuk menubuhkan kerajaan minoriti.
Selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Mahathir berkata Agong mendapati tiada pihak yang memiliki majoriti jelas dan Dewan Rakyat adalah ruang yang sepatutnya untuk memutuskan kerajaan baru.
Beliau juga berkata Muhyiddin mungkin akan menjadi calon perdana menteri Bersatu.
Mutakhir ini, pemimpin dan anggota parlimen Bersatu, terutama yang berasal dari Umno, dilihat berkumpul di rumah Muhyiddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.