Bimbang virus Wuhan akan terus merebak ke negara lain
BEIJING –
Selepas wabak Wuhan meragut nyawa 170 penduduk China dan merebak ke 20
negara lain, akhirnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan
coronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.
Ketua
Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan berkata,
pihaknya bimbang virus merebak ke negara yang tidak mempunyai sumber
untuk menanganinya.
“Sebab
utama pengisytiharan ini bukan kerana apa yang berlaku di China
semata-mata, tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.
“Kebimbangan
utama kami ialah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai
sistem kesihatan yang lemah,” katanya yang kesal dengan kesilapan WHO
menerusi tiga laporannya minggu lalu, apabila menyebut risiko global
bagi wabak itu sebagai ‘sederhana’ berbanding ‘tinggi’.
Berdasarkan data terbaharu, lebih 7,784 kes dikesan di 20 negara dan membabitkan 170 kematian di China.
Terdahulu,
Ketua Program Kesihatan Kecemasan WHO, Michael Ryan mengingatkan
seluruh dunia supaya berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sedia
bertindak.
“Umum
darurat kesihatan antarabangsa boleh membantu menyelaras operasi yang
dilaksanakan kerana langkah atau tindakan bersendirian 194 negara yang
terjejas berpotensi memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Pengisytiharan kecemasan kesihatan global hanya pernah dibuat lima kali sebelum ini termasuk Ebola dan selsema babi. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.