Khamis, 30 Januari 2020

‘Tubuh RCI Tabung Haji, saya sendiri sedia dipanggil’

HASPAIZI ZAIN




Pemuda Umno mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji (TH), seperti janji Manifesto Pakatan Harapan (PH)

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu turut bertindak dan memanggil pentadbiran lalu sewaktu era BN.

"Pemuda desak supaya tubuhkan segera RCI dan kita minta ketua penerangan pemuda Umno untuk membawa usul dalam sidang Parlimen akan datang.

"(RCI) ini sebagaimana Manifesto PH untuk siasat salah laku PH. Sebab macam-macam fitnah, zaman BN kononnya defisit RM41 bilion kerana pentadbiran dulu bayar hibah secara haram.

"Sampai sekarang kita tertanya-tanya bila siasatan hendak dilakukan, yang berlegar hanya persepsi,"katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno, petang ini.
Gambar hiasan
Hadir sama Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan.

Dalam manifesto PH penubuhan siasatan RCI bagi menyiasatan skandal 1MDB, Felda, Mara dan TH dijanjikan ketika kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Pada 10 Dis 2018, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

Pendedahan itu diperoleh hasil siasatan dan audit oleh syarikat juruaudit bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Katanya, pemberian hibah perlu memenuhi dua syarat utama iaitu aset TH perlu melebihi liabiliti manakala agensi perlu menjana keuntungan terlebih dahulu.

“PwC mendapati akaun TH diaudit berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset keseluruhan RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti ialah RM74.4 bilion, menunjukkan defisiti sebanyak RM4.1 bilion," kata Mujahid.
Dr Mujahid Yusuf 
Sementara itu, Asyraf berkata beliau selaku bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) sedia dipanggil oleh pihak berkuasa jika perlu untuk menyiasat dakwaan penyelewengan TH seperti didakwa PH.

Mengulas lanjut, Pemuda Umno sedang berbincang dengan peguam bagi memohon injunksi menyekat lebih banyak lagi penjualan aset TH oleh kerajaan.

Katanya, tindakan itu diambil bukan bermotif politik, sebaliknya ingin menyelamatkan TH yang menjadi aset kepada orang Melayu, Islam di negara ini.

Sementara itu, Asyraf turut mengajak Mujahid berdialog bagi merungkai kebenaran berhubung isu yang melanda TH ketika ini termasuk penjualan TH Plantation.

Asyraf berkata, meskipun sedar beliau "tidak layak" untuk berdebat dengan Mujahid namun ia perlu untuk merungkai kebenaran supaya rakyat mengetahui tentang situasai sebenar.

"Bukan berdepan untuk mencari siapa menang atau petah bicara, tapi dialog, mungkin saya tidak setaraf dengan beliau, tapi penting untuk rakyat tahu kebenaran," katanya.

Dalam isu berlainan, mengulas timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming bahawa parti itu akan keluar daripada kerajaan PH jika Putrajaya enggan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

‘Kalau anak jantan’

Asyraf berkata, jika "anak jantan" DAP dan Nga dicabar supaya segera meninggalkan kerajaan PH.
"Kami secara sepakat berharap Nga segera keluar daripada PH jika anak jantan, sikap cauvinis beliau hanya ingin menjuarai satu kaum saja," katanya lagi.
Nga Kor Ming
Semalam, Nga dilaporkan berkata DAP akan keluar daripada kerajaan PH jika kerajaan PH enggan mengiktiraf UEC.

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.

“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” kata Nga kepada Oriental Daily.

Mengulas di media sosial selepas itu, Nga bagaimanapun mendakwa laporan itu tidak tepat.

LIHAT TWITTER DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.